Thursday, September 13, 2012

MERAWAT JANGKITAN FUNGUS PADA KUCING

Hi semua......  :)

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan buat semua pembaca2 blog Qaseh Nyza diatas semua sokongan dan sumbangan anda!! saaaaayang korang! Kali ini sya ingin berkongsi serba sedikit tentang penjagaan merawat jangkitan fungus pada kucing.

Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?

Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..
Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Seperti gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).

naturalpet-antifungalgel

Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)
Cara menggunakan :

- Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
- Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
- Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, sya mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.

suntikan-antifungus

Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.






Wednesday, September 12, 2012

CARA MEMANDIKAN KUCING DENGAN UBAT SYAMPU

Nak Tahu Cara Memandikan Kucing Dengan Syampu Ubat dengan Betul?





Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti :
  • Tuala
  • Air suam
  • Sikat khas untuk Kucing
  • Syampu Ubat
  • Pengering rambut
Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Biasanya tungau scabies ataupun kulat sering menyerang di bahagian telinga luar serta dalam. Manakala kutu pinjal pula seirng menyerang di bahagian atas kepalakucing dan seluruh bahagian badan kucing.


Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang.


Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 – 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.


Setelah temoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.


Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering sampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau.
Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.


TIPS-TIPS PENJAGAAN KUCING "Si Manja"


Hari ni saya nak kongsi sikit sebanyak info yg saya tahu tentang penjagaan kucing , bagi yg tidak tahu dan sayangkan kucing... bermula dari kebersihannya, pemakanannya, tempat tidur dan yg berkaitan dengan kucing.


1. Kucing perlu dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam,kalau guna air sejuk dia akan mengigil, sebab  kucing tak dapat tahan kesejukan air  kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.


2. Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam bagi mengelakkan si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... anda perlulah memandikan Nya dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga, Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan. Kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebatim dan cukup mesra sebab jika kucing anda ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air...hehehe, Setelah itu, bilas kembali dgn air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang...bersihkan hidung dan mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya)...


3. keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya. Bagi kucing yg berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya hehhe anda perlulah menggunakan 'hair dryer' ingat gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka. Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, hehe... sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. bagi yang bulu pendek ni anda boleh jugamenggunakan 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yg berbulu panjang.


4. Si comel berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yg melekat di badannya dgn menggunakan sikat yg khas untuk kucing.


5. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah. Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman  sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau anda nak guna kapas untul cuci teligan pun boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe...Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.


6. Untuk pemakanan si comel pula, anda tolooonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap dot dot dot ( ANDA TENTU FAHAM KAN MAKANAN APA YANG DI MAKSUDKAN TU ) bagus, bulu cantik, bersinar or what so ever, cakap dot dot dot bagus, sihat, lincah, cantik or what so ever. Bukan masanye untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak percaya cakap saya ni anda boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanye doct tentang pemakanan sihat untuk kucing... untuk pengetahuan anda, semua jenama makanan kucing dari Malaysia ( dot dot dot dll) adalah sampah, ia tak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel anda, ada satu je yg agak elok jenama dari Malaysia iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food', kita sepatutnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'. INI HANYA  SAYA BAGI CONTOH, 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo... dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%... namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yg berprotein tinggi dgn jayanya, hehe.Takdarlah, maksud saya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenelah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan'Super Premium Food' tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan najis yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja).


7. Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams(boikot), Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... Anda boleh pilih either one... kenapa boikot makanan kucing berjenama malaysia? Kerana ianya 'full of preservative, chemical substance', banyak menggunakan bahan kimia, contoh pengawet, perasa dan pewarna, malah ia juga berasa masin(tak caye, try rasa :p) yg mana boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang pada si comel anda, tak pecaye, tanye pakar vet, hehe...

Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', ya...tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...

8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.

Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini... ingat, niat tak menghalalkan cara...

Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain) huhu...

Jangan jadi khalifah ALLAH jika tak reti nak membela dan jaga haiwan dgn kasih sayang, bukan dengan kekejaman, kalau alasan ibu bapa marah kurung dalam rumah, haaa, jangan bela... biarkan ia bebas kerana ia juga punya hak kebebasan, dia milik ALLAH, bukan milik kita...

Sediakan ruang yg besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya, jadilah khalifah ALLAH di atas muka bumiNYA, bukan perosak dan pengkhianat kepada makhluk ciptaan ALLAH, ohhh...aku terlalu emosional, hehehe...

Kucing Peliharaan "Cats"

Kucing adalah haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan banyak orang mungkin kerana kemanjaan haiwan ini kepada tuannya. Bagi sesetengah orang, kucing peliharaan ini boleh teman dan penghibur di kala kesunyian.

Mari kita kenali varieti kucing-kucing yang paling popular di kalangan penggemar kucing.....


1. Persian cat
Kucing Persia adalah kucing berambut panjang yang ditandai dengan wajah bulat dan muncung pendek. Ia merupakan jenis kucing yang paling popular kerana sangat mencintai dan setia kepada tuannya. Ia juga adalah salah satu ras kucing tertua, yang mengambil nama tempat asalnya iaitu Persia (Iran). Ia diakui oleh penggemar kucing sejak akhir abad 19, dipopularkan oleh orang Inggris dan orang Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Meskipun kucing Persia ini berharga mahal dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, tetapi ia berbaloi dengan perwatakannya. Menjaga bulunya yang cepat tumbuh sehingga sampai 3 inci panjangnya adalah sesuatu yang agak menyukarkan! Kucing Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk ia merasa aman.


2. Siamese cat
Kucing Siamese (Siam) merupakan kucing Oriental pertama yang dibiakbakakan. Asal tepat sama ada ia berasal dari Siam tidak diketahui, tetapi diyakini ia berasal dari Asia Tenggara. Ras yang berkembang biak dari kucing Siam ini menunjukkan elegan, ramping, bergaya, fleksibel dan tubuh berotot. Kepalanya berbentuk segitiga, dengan muncung nipis. Mata berbentuk almond dan miring. Rambut pendek, berkilat, halus, lembut, padat di seluruh tubuh. Kucing Siam ini dikenali dengan skema warna khas. Seekor kucing Siam selalunya ingin menjadi pusat perhatian. Ia ingin diperhatikan. Kucing ini sangat komunikatif, yowling dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak bergurau! Ia cenderung untuk berkawan atau menangis jika anda mengabaikannya. Ia ramping dan atletis dengan telinga yang besar, bulu yang pendek dan terletak melekat dengan kulit. Ia suka membelai, dan sangat setia dan dekat dengan satu orang. Ia sangat cerdas dan penuh kasih sayang…


3. The Maine Coon cat
Kucing Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk tubuh persegi, dan bulu panjang di tubuhnya. Mempunyai berbagai warna dan dikenal kerana kecerdasannya. Kucing Maine Coons adalah salah satu ras bersaiz besar, di mana berat kucing jantannya adalah 12-18 pound manakala berat betinanya ialah 10-14 pound. Kucing jenis ini lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak dandan seperti Persia. Mempunyai keperibadian baik hati yang membuatnya disenangi anak-anak. Kelebihannya pula ialah sangat setia kepada keluarga tuannya.

4. Abyssinian cat
Kucing Abyssinian adalah sejenis kucing peliharaan yang bulunya perlu dijaga. Ia dikatakan berasal dari Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. Ras Abyssinian ini sangat popular di Amerika Syarikat. Ia mempunyai bulu yang sederhana panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. Bulunya agak unik dan menarik perhatian. Setiap bulu berwarna lebih terang pada akar, dan gelap “ticking” di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan menyukai orang.



5.Kucing Manx


Kucing Manx adalah jenis kucing rumahan (kucing kampung) biasa yang memiliki ekor yang lebih pendek. Kucing Manx sangat suka berburu tikus, cicak dan kecoa, dan suka menangkap tikus di saat mereka berumur 1 tahun. Kucing Manx sering terlihat di perternakan, karna kucing ini sering memangsa hewan pengerat (tikus). Kaki belakang kucing Manx lebih panjang dari kaki depan-nya, menciptakan lengkungan yang berkesinambungan dari bahu ke pantat, yang memberikan penampilan bundar. Telinganya lebih kecil dari pada kebanyakan kucing lain.



6. Kucing Burma

Kucing Burma mempunyai warna mata emas atau kuning. Kucing ini adalah hasil per-kimpoi-an silang dari kucing Siam dan Persia, dan mengadopsi sedikit warna biru (aqua) atau hitam dari kucing Siam, dan mempunyai rambut (bulu) yang mengkilap seperti sutra. Seperti kebanyakan kucing berambut pendek, mereka tidak memerlukan perawatan extra, cukup merawatnya dari makanan yang bagus. Suara (ngeong) kucing Burma sangat mirip kucing Siam pada umumnya, dan sangat setia juga.




7. Kucing Maine Coon


Kucing Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, bentuk tubuh persegi yang panjang. Mereka memiliki beberapa warna dan tergolong sangat cerdas. Kucing Maine Coon jantan memiliki berat rata-rata 12-18 kilogram, dan berat betitanya berkisar 10-14 kilogram. Kucing ini juga manja dengan rambut (bulu) panjang, tapi tidak sepanjang dan selembut kucing Persia. Kucing ini juga tergolong setia, dan sangat senang dengan anak-anak, kita sering melihat mereka tidur bersama anak-anak.






8. Savannah Cat

Kucing Savana dianggap sebagai salah satu ras yang lebih besar dari kucing peliharaan biasa. Kucing ini merupakan perkahwinan silang antara serval dan kucing domestik. Kucing Savana umumnya sebanding dengan anjing dari segi kesetiaannya, dan ia akan mengikuti pemiliknya di sekitar rumah seperti anjing. Ia juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali. Kucing Savana ini dikatakan sangat sosial dan ramah dengan orang-orang baru, kucing lainnya dan anjing, manakala kucing yang lain akan bersembunyi atau menggeram ketika melihat orang asing. Kucing Savana ini sangat ingin tahu dalam segala macam hal. Ia sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, tidak takut dengan air banyak bahkan ia suka membenamkan dirinya dalam air. Sesetengah pemilik bahkan suka mandi dengan kucing Savannah mereka.







9. Sphynx Cat
Kucing Sphynx (juga dikenal sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali sebagai kurang bulu. Kucing Sphynx kelihatan seperti berbulu, tetapi sebenarnya ia bukan bulu. Tekstur kulitnya menyerupai kulit Chamois. Kulit ini dilindungi oleh rambut yang sangat pendek, rambut halus, tidak seperti buah peach. Untuk tetap hangat, kucing sphynx ini suka menghampiri haiwan lain dan manusia, bahkan ia cenderung berpelukan dan tidur dengan pemiliknya dalam satu selimut. Kurangnya bulu membuatkan kulit kucing ini terasa panas apabila disentuh. Warna kulitnya kelihatan pelbagai pola (padat, titik, van, kucing, tortie, dll). Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses pencucian biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana perilaku ekstrovertnya. Ia menampilkan tenaga tingkat tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk pemiliknya. Ia memiliki mata yang luar biasa besar.